Tuesday, 3 February 2015

Royan Rega Petrol



Hari ini, 4/2/2015,


Petrol Ron97 RM2.00 seliter, sebelum ini RM2.10, sebelum tu RM2.40

Ron95 sebelum ini RM2.10, lepas tu turun RM1.90..dan sekarang RM1.70.

Saya yang kerjanya banyak berjalan memang sangat terkesan dengan harga minyak yang tinggi, sedih, harga claim mileage kekal

Kalau tak travel pun, saya memang perlu memandu. Jarak rumah ke pejabat +/-52 km, jadi sehari saya memandu sekurang kurangnya 104km.

Ha?Kenapa tak pindah dekat dgn opis?aku punya suka la

Masa harga minyak naik hari tu, menangis tuang minyak..3 hari RM50 (kalau rumah-pejabat semata, tak berjalan ke mana, kalau berjalan, mau 2 hari saja tahan RM50 tu)

Sekarang RM50 boleh tahan 4 hari setengah...hari Jumaat tu perjalanan balik dah kena isi.

Alhamdulillah.

itu saja royanan rega minyak dari saya rakyat marhein. sekian.

* pic amik kat sini

Bawa bekal yuk!


Disebabkan harga petrol dah turun, jadi sana sini riuh minta peniaga turunkan harga barang (ya, banyak harga barang naik disebabkan harga petrol naik tempoh hari)

Ya, makan tengahari sekarang +/-RM10. Lagi banyak lauk amik, lagi tinggi la perlu dibayar.

Saya bawa bekal. Gigih sangat masak pagi-pagi, tak pun masak malam. Tapi tak la setiap hari. Tak daya.

HKCC dan Susu Kambing Bee Pollen wajib bawa. Selit dalam handbag. Air mineral sehari sebotol 1.5liter. Tapi kadar penyusutan lemak sangat perlahan memandangkan saya sangat suka makan. *nangis*

Bawa bekal yuk!